Saturday, April 25, 2009

Ketika & Kalimat

Assalammualaikum dan Salam sejahtera….



Pertama sekalinya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar terutama sekalinya Dr. Normaliza dan anaknya Cik Alia yang banyak membantu saya dalam menjalani kelas Bahasa Melayu Multimedia ini.


Di dalam kelas Bahasa Dalam Multimedia ini telah banyak mengajar saya tentang teknologi-teknologi terkini. Pada permulaannya saya tidak dapat membayangkan apa yang dimaksudkan dengan subjek Bahasa Melayu Multimedia ini. Akan tetapi setelah melalui kelas ini saya merasa amat seronok dan ia sesuatu yang mengembirakan. Keraana kelas ini lain daripada yang lain.


Pertama kali saya menjejakkan kaki di dalam kelas ini saya merasakan berat untuk meneruskan pembelajaran kerana Dr. Normaliza tampak garang, tulus, telus dan berbagai lagi. Saya adalah seorang yang pendiam dan cepat kecut perut jika mendapat pensyarah seperti ini. Akan tetapi setelah melaluinya saya berasa amat seronok akan subjek ini.


Ketika pertama kali melihat beliau. Saya lihat beliau seorang yang garang dan tegas. Pada pertama kalinya saya berasa takut untuk memasuki kelas beliau. Seperti contoh jika kami datang lambat ke kelas beliau akan memarahi kami dan akan menyoal mengapa kami lewat ke kelas. Ini membuatkan kami sentiasa awal ke kelas. Saya akan memastikan saya akan masuk setengah jam lebih awal untuk ke kelas kerana jika kami duduk di belakang sekali pun kami akan disoal.


Pada pandangan saya, Dr Normaliza secara peribadi ingin mendidik anak-anak murid beliau dengan disiplin, tepati masa, mendengar arahan dan belajar menerima tekanan.


Pada awal permulaannya, saya tidak dapat menerima pembelajaran sebegini, kerana membuatkan kita tergesa-gesa membuat tugasan yang di dalam kelas ini.

Bagi kelas Amali pula, ia telah di ajar oleh Cik Alia itu anak kepada Dr. Normaliza. Pada pandangan saya secara peribadinya beliau adalah seorang yang sangat baik seperti ibunya. Akan tetapi beliau akan meletup juga jika ada diantara pelajar beliau tidak mengikut apa yang beliau inginkan. Kali pertama ke kelas Cik Alia, saya telah di denda berdiri di hadapan kelas kerana hadir lambat. Hehe. kelakar juga rasanya. Dah seperti pelajar sekolah rendah pulak rasanya. hehe. Akan tetapi ini yang telah mengajar saya tentang erti ketepatan masa. Apa yang saya lihat disini, Cik Alia juga ingin betul-betul mendidik anak buahnya termasuk saya dengan disiplin, menepati masa dan berbagai lagi perkara yang positif seperti ibunya. Saya sangat merasakan Dr. Normaliza dan juga Cik Alia seperti kakak dan ibu saya sendiri.


Sifat Cik Alia yang sangat banyak membantu mendorong saya untuk berdisiplin dan mengikut apa yang dikata. Bukanlah saya seorang yang baik tetapi untuk menghormati orang yang lebih tua dan guru saya rasa tiada masalah untuk saya berbuat demikian.


Kepada Dr. Normaliza saya sangat kagum dengan cara Doktor mengajar, cara Doktor mengendalikan kelas. Disebabkan dengan cara Doktor itu, secara tidak langsung saya menjadi pelajar yang disiplin, menepati masa. Tidaklah sesempurna yang diharapkan akan tetapi ada juga perubahannya.


Sebelum ini, saya ada keyakinan diri, tetapi tidak mencukupi untuk tahap pelajar universiti. Ini kerana saya memandang pelajar universiti itu perlu berkeyakinan sangat tinggi, berdisiplin dan berbagai lagi. Ini penting untuk pelajar seperti saya untuk masa depan seperti sewaktu menghadirkan diri ke temu duga sebagai contoh, menerima tekanan di alam pekerjaan dan berbagai lagi.


Subjek ini juga telah banyak mengajar saya tentang erti disiplin, semangat bekerjasama, tidak mementingkan diri sendiri dan mengajar saya menerima kritikan. Perkara-perkara ini secara langsung dan tidak langsung mendidik saya ke arah manusia yang berjaya, berwawasan dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.


Subjek ini adalah subjek yang praktikal. Aktiviti-aktiviti di dalam kelas pada pendapat saya ianya berkesan dalam memupuk sifat kerjasama di antara pelajar.


Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan ketika di dalam kelas Bahasa Melayu Multimedia ini. Pada mulanya, Dr. Normaliza menyuruh kami membahagikan diri kepada kumpulan iaitu 6 hingga 7 orang satu kumpulan. Pada mulanya kumpulan kami 7 orang iaitu saya, ben, kak eja, myro, icam dan juga serit. Pada mulanya tugasan pertama yang diberikan iaitu membuat E-Majalah. Aktiviti ini adalah aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan diberi masa sepanjang kelas Bahasa Dalam Multimedia iaitu dari pukul 12 hingga 2 petang. Disini saya dapat mengetahui serba sedikit tentang bagaimana membuat E-Majalah.



Di dalam aktiviti ini juga saya dapat mengetahui langkah-langkah permulaan untuk membuat E-Majalah hingga ke akhirnya. Kami dikehendaki membawa kad board berbentuk A4, gam, majalah, gunting dan juga reben. Pada pandangan saya secara peribadinya, aktiviti ini secara tidak langsung memupuk saya secara individu untuk bekerja di dalam satu kumpulan dimana saya sedar bahawa tidak ada perkataan pentingkan diri dalam aktiviti ini.


Masih saya ingat lagi ada satu tugasan yang memerlukan kami bergambar dan masukkan pepatah itu sangat menarik. Kami berkerjasama dan seperti bersahaja bergambar tiada lagi istilah malu. Ada yang perlu saya berbaring di jalan raya seperti dilanggar kereta ada yang melompat ada lagak bermain judi dan ada juga saya di suruh memanjat pokok. Semua itu sungguh seronok dan hebat. Ianya bagikan kenangan walaupun terpaksa menghadapi panas dan berpeluh. Berkemeja sambil berpeluh adalah sesuatu yang tidak disenangi. Tetapi ianya masih kenangan yang indah. Melalui kelas Bahasa Dalam Multimedia ini juga, saya dapat memperbaiki kelemahan atau musuh paling utama dalam diri saya iaitu tidak tepati masa. Lebih-lebih lagi apabila Dr Normaliza membuat syarat jika ada ahli kumpulan lambat maka tugasan yang dibuat tidak akan mendapat markah.


Ini penting untuk saya seperti saya nyatakan di bait-bait ayat saya di atas iaitu untuk berhadapan dengan dunia kerja yang sebenar. Saya mengambil dan menganggap subjek ini adalah satu platform dimana saya boleh memupuk semangat kerjasama dan bekerja di dalam satu kumpulan.


Melaui aktiviti ini juga saya dapat mengenali sahabat-sahabat baru dimana mereka terdiri daripada pelajar yang sangat baik hati. Mungkin ini pengalaman yang saya akan ingat sehingga ke akhir hayat saya.


Pada setiap hari Khamis saya akan diberi tunjuk ajar oleh Cik Allia iaitu anak kepada Dr Normaliza. Hari pertama kelas tersebut saya merasakan juga tekanan yang diberikan oleh Cik Allia. Cik Allia telah menekankan tentang tepati masa. Untuk pengetahuan, saya adalah seorang yang tidak tepati masa. Saya cuba untuk tepati masa tetapi kebanyakannya saya menghadapi kegagalan.


Melalui cara Cik Allia mengajar, saya menyedari bahawa saya hari makin hari menjadi seorang yang tepati masa. Tidaklah sempurna tetapi cukup membuatkan saya bangga dengan perubahan ini.

Pada malam tersebut Cik Alia mengedarkan modul tentang apakah yang akan saya belajar. Bukan saya je, tetapi semua. Pada mulanya kami dikehendaki membuat Adobe Photoshop.untuk membuat slide show menggunakan tajuk yang telah kami pilih. Saya telah memilih tajuk ”7 keajaiban dunia”. Kami telah dikehendaki memasukkan gambar dan juga memasukkan muzik untuk setiap gambat yang kami masukkan. Cik Alia telah memberi kami masa selama 3 minggu untuk menyiapkannya dan akhirnya kami diminta untuk menyiarkannya di dalam kelas. Saya lihat semua orang telah menunjukkan kreativiti masing-masing.

Tugasan kedua pula kami telah ditugaskan untuk membuat kalender..huhu..jenuh gak nak buat..haha

Saya diajar bagaimana untuk mengunakan adobe photoshop. Bagaimana untuk kita memasukkan gambar dan meng’edit’nya. Susah gak la pada mulanya nak buat. Akan tetapi setelah mendapat tunjuk ajar Cik Alia dan rakan-rakan akhirnya dapat juga saya melakukannya.

Tetapi ini adalah pengalaman yang sangat berguna untuk saya pada masa hadapan dan yang paling penting sekurang-kurangnya saya tak digelakkan orang.


Sewaktu tugasan ini mula diberikan, saya merasakan bahawa satu beban akan melanda pada diri saya. Tetapi saya silap. Tugasan ini adalah sangat santai setelah mengetahui bagaimana menggunakan adobe photoshop. Saya dapat belajar disini bagaimana mendengar arahan daripada ketua iaitu Cik Alia.


Cik Alia adalah seorang yang baik hati pada saya. Sama seperti ibunya Dr Normaliza. Saya sangat menghormati beliau. Beliau adalah seorang pendidik yang bagus dimana saya sendiri tidak pernah bertemu dengan pendidik seperti beliau. Maksud saya disini adalah dari segi beliau mengajar. Mudah difahami, santai dan saya tidak tertekan kini. Saya berharap Cik Alia dapat menjejaki ibunya sebagai pensyarah yang professional dan dedikasi.


Selain dari diajar tentang adobe photoshop ini, saya juga diajar oleh Cik Alia bagaimana untuk membuat laman web. Seperti biasa, saya tidak pernah membuat laman web sebelum ini. Apa yang saya tahu hanyalah layari internet, menggunakan Microsoft. Itu sahaja. Tetapi, setelah beberapa lama saya di dalam kelas ini, saya semakin hari semakin pandai menggunakan perisian lain yang lebih maju.
Sewaktu awal permulaan saya menggunakan perisian Microsoft Frontpage, telah banyak masalah yang saya hadapi. Biasalah, awal-awal memang tak pandai. Saya ingin selalu bertanya kepada Cik bagaimana untuk membuatkannya. Walaupun beliau seorang pengajar dan saya seorang pelajar adalah wajib untuk saya bertanya sekiranya saya tidak tahu dan wajib untuk seorang pengajar memberi tunjuk ajar. Tetapi perasaan menyusahkan itu sangat menebal di dalam diri saya.


Selain dari membuat kalendar, laman web dan slide show saya ditugaskan untuk membuat Blog. Saya pernah membuat blog tapi telah lame rasa saya tidak mempergunakan blog saya itu.


Saya ditugaskan untuk membuat blog berkenaan tentang tokoh bahasa. Saya memilih Dr Normaliza sendiri sebagai tokoh yang akan saya ceritakan di dalam blog. Tajuk bagi pilihan untuk membuat tokoh bahasa pada pendapat saya ia adalah sesuai. Ini kerana subjek yang saya pelajari juga adalah tentang bahasa dalam multimedia jadi ia sangat ada kena mengena.



Tetapi disini saya ingin memberi sedikit cadangan untuk masa akan datang. Mungkin dalam membuat blog ini, biarkan pelajar membuat secara bebas. Pada pendapat saya, dengan cara ini pelajar akan menjadi lebih kreatif dan secara tidak langsung dapat memupuk mereka untuk berfikir secara kritis.


Selain dari aktiviti-aktiviti di dalam kelas, dan sesi bersama dengan Cik Alia iaitu sesi komputer, saya di arahkan untuk pergi ke rumah anak yatim untuk membuat kerja-kerja amal disana. Saya dan semua pelajar dikehendaki memilih satu rumah anak yatim dan membuat satu video untuk dibentangkan di dalam kelas.


Pada permulaan seperti biasa, malas menyelubungi hati dan fikiran. Ini adalah kerana saya dan kumpulan saya perlu mengorbankan masa hari Sabtu yang sepatutnya berehat untuk pergi membuat program itu. Saya dan kumpulan saya bersama dengan kumpulan Lestary memilih untuk pergi ke Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong.


Kami bekerja keras mencari penaja. Terus terang saya katakan bahawa subjek ini diantara yang paling menggunakan modal yang besar. Pernah pada satu ketika saya berputus asa, namun hasil dari dorongan kawan-kawan, saya kuatkan semangat. Ini juga adalah salah satu impak atau kesan dari subjek ini. Dan juga saya berani mengatakan ini adalah hasil dari didikan Dr Normaliza sendiri dan Cik Alia yang menggunakan pendekatan seperti bekerja dalam kumpulan.


Setelah membuat persiapan untuk pergi ke Rumah Amal Limpahan Kasih itu, kami bertolak dari UPM pada jam seawal pagi pukul 8.00 a.m. Kami tiba disana pada pukul 9.00 a.m. Pada awalnya kami diberi kawasan asrama lelaki untuk melaksanakan program namun mereka terpaksa menghantar kami ke rumah asrama perempuan kira-kira 15 minit untuk sampai ke sana. Kami diiring oleh pemandu Rumah Amal Limpahan Kasih untuk ke sana. Sesampai di sana kami disambut oleh ustaz yang menjaga anak-anak di asrama puteri tersebut.


Pada awalnya memang saya rasa malas untuk tetapi setelah sampai, saya rasa gembira dan sangat teruja. Ustaz menyambut kami dengan baik sekali. Pada jam 10 pagi, kami memulakan program. Program pertama adalah suai kenal.


Selepas sesi suai kenal itu kami terus ke program yang seterusnya iaitu sesi senaman pagi. Waktu ini, senaman dikendalikan oleh Amiro dan Mohizam dari kumpulan Lestary. Sewaktu sesi senaman, terdapat beberapa masalah, faham je lah kerenah budak-budak ni. Kami terpaksa banyakkan bersabar. Ada yang menangis, ada yang tak dengar cakap, ada yang tak nak kumpulan yang telah dibahagikan oleh kami, nak kumpulan dengan kawan mereka. Tetapi kepakaran kami mengatasi segalanya. Ini adalah kerana kesan dari belajar dengan Dr Normaliza dan Cik Allia. Pendek kata, impak cara pengajaran yang diberikan oleh mereka sangat besar.


Sehari suntuk kami disana dengan pelbagai program. Selepas sesi regangan tersebut kami terus pergi ke taman berdekatan untuk acara sukaneka. Sesi ini adalah diantara yang paling menyeronokkan. Saya dapat lihat riak wajah adik-adik di rumah limpahan kasih ini bergembira. Banyak aksi-aksi lucu yang ditunjukkan oleh adik-adik ini.


Setelah penat, program kami yang seterusnya adalah rehat. Kami telah ke Puchong perdana untuk mengisi perut yang berkeroncong. Ini adalah kerana saya merasakan hubungan kami sesama ahli kumpulan dan bersama dengan kumpulan Lestary sangat akrab. Sedangkan kami hanya bertemu baru 1 bulan-2 bulan. Disini lagi impak yang diberi oleh Dr Normaliza dan Cik Allia. Mereka memang di dalam kelas yang tersendiri.


Kami memulakan kembali sesi pada jam 2.30 p.m. Ini adalah sesi memupuk keyakinan kepada adik-adik ini. Mereka terlalu malu untuk berdepan dengan orang ramai. Jadi kami sudah menyediakan program khas untuk mereka. Sewaktu sesi pembentangan, ada beberapa individu yang saya lihat mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Ini bagus untuk mereka pada masa yang akan datang. Keyakinan di dalam diri sangat penting untuk seseorang individu.


Selesai sesi itu kami mengadakan sesi menyambut hari jadi mereka. Amiro dan Shukri menyampaikan lagu selamat hari jadi dengan petikan gitar. Kami semua telah menyediakan pelbagai juadah untuk meraikan adik-adik kita ini. Kami juga telah menyediakan pelbagai hadiah dan juadah untuk diberikan kepada adik-adik kami ini. Kami juga telah memberikan makanan McDonald kepada mereka untuk meraikan mereka, untuk mereka berasa seronok dan gembira dengan kedatangan kami ini.


Setelah selesai semua sesi, kami berkemas untuk pulang. Terasa sebak dihati melihat adik-adik menitiskan air mata. Saya juga begitu. Pengalaman ini saya rasa tidak akan dapat lupa buat selama-lamanya. Terima kasih kepada Dr. Normaliza dan Cik Alia yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Dengan akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih lagi kepada Dr. Normaliza dan Cik Alia yang selama ini telah mendidik dan mengajar saya. Ini adalah lirik lagu saya tujukan khas untuk Dr. Normaliza dan Cik Alia.

Ku cuba redakan relung hati,Bayangmu yang berlalu pergi,Terlukis di dalam kenangan,Bebas bermain di hatiku….
Cerita tentang masa lalu,Cerita tentang kau dan aku,Kini tinggal hanya kenangan,Kau abadi di dalam hatiku….
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,Derita yang mendera kapan akan berakhir,Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu,Cerita tentang kau dan aku,Kini tinggal hanya kenangan,Kau abadi di dalam hatiku….
Harusnya takkan ku biarkan kau pergi,Membuat ku terpuruk rasa ingin mati,Derita yang mendera kapan akan berakhir,Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

No comments: